Hari2 bekerja tanpa rehat yang cukup, memang memenatkan.
Hanya menunggu hari minggu untuk beristirehat bersama Cik Potel.
Akhirnya, hari minggu itu menjelma jua.
Penantian Cik Potel utk meluangkan masa menikmati hidangan tengah hari di Tarbush termakbul jua.
Disebabkan kurang menggemari hidangan masakan kambing yang sememangnya menjadi kegemaran Potel, aku lebih suka menikmati beriani ayam walaupon ada makanan kegemaranku, Fish n Chip.
Tak apa. Tukar selera sekali sekala. Dah selalu makan jemu pula. jemu ke?err..tak..sebenarnya perut minta diisi dengan nasi.
suasana di Tarbush Starhill
Hidangan yang hampir licin dikerjakan oleh si Montel,bukan Potel tapi MONTEL
Itu cerita Hari Ahad.
Hari sebelumnya iaitu Sabtu, kami memenuhi jemputan ke majlis sambutan hari jadi Is. To June, tq so much jemput kami datang. Memang tak rugi datang. Perut yang dah ketat dan sendat ni bertambah degree kesendatannya dek melayan mee kari, popia best, air coctail yang lazat, ayam KFC, nugget, kacang, dan tak ingat dah apa lagi. Yang pasti memang semua best2.
Walaupon b'day beberapa rakan dah terlepas dari tarikh, aku ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Lahir buat sahabatku Zorro, Is serta Pires. Semoga bertambah murah rezeki sahabat sekalian dan dipanjangkan umur olehNYA.Dan aku sentiasa mendoakan agar kebahagiaan sentiasa melingkari hidup kalian semua. Amin ya rabbal alamin.
Tuesday, June 3, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment