Friday, June 13, 2008

Dua Kali Sebulan

Bermula August ni kakitangan kerajaan akan menerima gaji dua kali sebulan.Yea dua kali sebulan yang mana menurut PM akan membolehkan kakitangan kerajaan akan lebih bijak menguruskan kewangan mereka. Persoalannya betul ke bijak menguruskan kewangan.

Bermacam komen yang aku dengar dari saluran Radio 24 semalam dan komen mereka sgt wajar. 90%(9 dari 10 orang) memberi komen bahawa ini adalah langkah yang sgt tidak bijak kerana ia hanya akan lebih meningkatkan kos operasi spt printing cost(print 2 kali slip gaji)cthnye.

Utk kakitangan pula tentu pening mereka nak plan bayar duit rumah la, duit kereta la sebab gaji diberi separuh dan pd pendapat aku la mereka perlu juga menunggu sampai hujung bulan utk melangsaikan segala bayaran. mereka juga terpaksa berulang alik 2 kali utk ke bank(mungkin 1st gaji pi bayar rumah n 2nd bayar keta) dan ini hanya akan membazir petrol yang semua maklum kenaikkannya byk membebankan rakyat jelata. Aku tak nampak kenapa PM boleh kata rakyat akan lebih bijak mengurus kewangan mereka dengan gaji 2 kali sebulan ni.

Semua potongan spt EPF, PCB dsb akan dibuat hujung bulan, jadi bygkan berapa saja RM yang tinggal utk hujung bulan itu. Aku rasa ini akan lebih menambah derita rakyat. Yang ada anak2 hujung2 bulan la nak kena bayar duit bus sekolah lah dan mcm2 lagi. Adakah PM mengambil kira semua ini sebelum diputuskan gaji 2 kali sebulan ini?

Pendapat aku, sebelum kabinet memutuskan utk melakukan sesuatu perkara eloklah buat survey dulu kerana ini melibatkan rakyat. Buat survey ke atas kakitangan kerajaan adakah mereka setuju cadangan gaji 2 kali sebulan. Tanya dulu. jangan terus buat. Kerana ini akan menyusahkan rakyat. Rakyat mempunyai pelbagai skali gaji dan juga pelbagai skala kehidupan. Bukan semua orang sama cara hidupnya.

Kita hidup dlm negara demokrasi. jadi semua benda kena la demokrasi. Bukan hanya dlm election demokrasi dijalankan. Untuk semua perkara sebenarnya. Kabinet adalah wakil kepada rakyat. Bermakna, keputusan yang dibuat juga perlu menerima suara rakyat. Bukan terus buat dan minta rakyat terus menerima. Ini sangat tidak adil.

Walaupon aku bukan kakitangan kerajaan, aku dpt merasai sengsara jugak mereka nak merancang perbelanjaan dgn gaji 2 kali sebulan ni. Nampak tak praktikal. Bayangkan kalau nak balik kg terutama yang jauh2 kat utara ke timur ke. Dengan pelaksanaan gaji dua kali sebulan ni parah jugak la. Beribu kali berfikir nak balik kg sebab kos petrol lagi, kos toll lagi. Gaji dah dibahagi dua ni. Dapat separuh2. last2 tak balik kg la jawabnya.

Aku tak tau la apa yang membuatkan PM merasakan pembayaran gaji 2 kali sebulan ni dpt menyenangkan rakyat merancang perbelanjaan. PM patut bagi reason2 bukan hanya cakap benda ni akan senangkan rakyat urus kewangan apa semua. Entah la..makin lama aku rasa PM ni dah tak relevan utk memimpin negara. Entah apa2 la decision dia yang semakin hari semakin byk membebankan rakyat.

Semoga Allah SWT selamatkan rakyat malaysia dari pemerintah yang zalim pd rakyat!!Amin ya rabbal alamin.

No comments: