Sekiranya benar2 ingin beristirehat dengan tenang tanpa ada gangguan atau aktiviti2, Fraser's Hill adalah tempat yang sangat sesuai.
Perjalanan yang memakan masa lebih kurang 2 jam setengah dari KL melalui Kuala Kubu Baru sungguh tidak membosankan. Dengan pemandangan yang menarik sepanjang perjalanan membuatkan mata melilau ke kiri dan kanan jalan. Bukit bukau dan gunung ganang yang indah panoramanya membuatkan hati rasa tenang dan damai.Apatah lagi bunyi deruan air terjun membuatkan hati meronta2 ingin menikmati kesejukan air gunung.
Cuma apabila melalui jalan sehala utk ke Fraser's Hill, laluannya agak mencabar.kepada yang mengalami masalah pening2 lalat eloklah disediakan minyak cap kapak takut2 ada isi yang bakal terkeluar dari perut. Laluannya agak berbahaya sedikit dibandingkan dengan laluan ke Cameron melalui Tapah.
Di sini, hujan turun tanpa henti. Renyai2. Menjelang senja rasa sejuk sudah sampai ke tulang sum2. Kalau tak tahan sejuk, bawak la sweater tebal2. Rombongan seramai 12 orang itu menikmati hidangan tgh hari yang di masak dari rumah oleh Chef Rieya dan Chef Ateh manakala malamnya Chef Lin menerajui bahagian dapur utk masakan malam.
Antara hidangan makan malam yang sungguh menyelerakan
Kononnya nak tahan mata utk menonton Euro 2008 bersama Chua dan Ashu, tapi panggilan katil lebih kuat membuatkan aku masuk tido awal. Sejuk tak usah cakap la.
Paginya selepas Subuh, aku dan Potel menghirup udara pagi di balkoni luar sambil menikmati kopi panas dan kiwi n choc muffin hasil tangan Chef Ateh. Hujan renyai2. Sahabat seramai 10 orang masih berselimut dan mungkin sedang bermimpi indah sewaktu aku dan Potel menikmati sarapan pagi di balkoni. Hujan renyai2 tidak membataskan kami utk merakamkan detik2 indah waktu pagi. Kabus meliputi sebahagian besar ruang di kawasan resort membuatkan ketenangan menguasai diri.
Lepas menikmati sarapan pagi, masing2 buat hal sendiri sementara menunggu pkl 2pm utk check out.
Aku yang terbangun awal mengambil peluang utk membuta memandangkan kesejukannya tak dapat menahan diri utk melompat ke atas katil dan menyelimutkan diri. Apatah lagi bila tengok uL sedap je tido membuatkan aku pon turut serta mendengkurkan diri.
Tepat jam 2pm selepas sessi bergambar kami pon meninggalkan Fraser's Hill dengan kepuasan yang bukan sedikit.
Menara jam yang menjadi mercu tanda Fraser's Hill
Kami sempat bermandian di air terjun (tak tau apa nama kawasan tu) hampir 2 jam sebelum meneruskan perjalanan kembali ke rumah masing2.
Kepada sahabat2 yang turut serta (nak sebut satu2 ramai sgt), insyaAllah lepas ni kita tawan Cameron Highland dan seterusnya bersnorkel beramai2 di Redang, insyaAllah. Kena tengok hari dan waktu yang sesuai.
Monday, June 9, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment