Monday, June 30, 2008

Macam2 cerita

Batuk..dah seminggu lebih ...bila nak baik ni..dah telan ubat 2 klinik.

hari ni..masih lagi batuk. Cuma kurang sikit dari semalam. kurang sikit dari minggu lepas. dah tak demam dah.

Semalam demam . Tak dapat ke office utk stock take. ada benda yang perlu dibereskan.

Lega bila Chandran datang sebagaimana yang dijanjikan. Lepas proses mengukur selesai, Chandran menyuruh kami menghubungi beliau selepas barang yang diperlukan dibeli. Aku minta Chandran adjust sikit harga yang diletakkannya. Aku faham keadaan sekarang. Kenaikan minyak membuatkan semua harga barang meningkat. Tapi aku tau, Chandran dah letak harga yang orang lain tak mampu nak kasi.

Kesian potel kena beli barang sorang2. dia suruh aku rehat kat rumah . Jangan kuar. Nanti pening macam mana. Aku angguk2 lemah sambil baring depan tv. Jadi hantu tv sepanjang hari. cuma aku pesan, beli roti kentang.dah lama tak makan roti kentang. tak sihat tak sihat ni mcm2 benda terfikir nak makan.

Sabtu malam sebelumnya, is dan june datang membawa benda potel nak sangat. haa..tengok la puas2 lepas ni. lama borak dengan is dan june. Lebih kurang pukul 245am lebih baru dorang balik. Seronok dpt berborak dengan dorang sambil makan tetel masak asam pedas , sup tulang serta ikan goreng,sayur pucuk paku dan ulam ulaman.

Tapi tunggu bebudak tu datang punye la lama...sempat aku snappy2 dulu makanan yang hendak dimasukkan ke dalam perutku yang montel ini.


orange jus hasil tangan cik Potel


Sayur goreng pucuk paku membuatkan aku teringat sayur midin yang terkenal di Sarawak..slurppp!!


kombinasi ulam raja yang ditanam sendiri,timun serta rebung rebus menjadi pilihan utk dicicah bersama sambal belacan


sup tulang yang direbus selama lebih kurang 3 jam menghasilkan aroma yang membuat air liur mengalir laju tak tertahan2 utk dimakan..nyumm nyummm!!


ikan goreng yang menjadi mangsa malam itu.


masak asam pedas tetel yang sungguh mengiurkan..slurppp!!


hasilnya berpeluh2 aku makan..berpeluh2 Potel makan..berpeluh2 June makan..berpeluh2 jugak is makan..sebab is asyik mengalihkan lemak dari daging..baru tau..dia tak pandai sangat makan tetel ni...takpe is, Potel dah janji lepas ni buat western pulak..tunggu la nanti...ko pulun habis habisan ok..

No comments: