Wednesday, September 3, 2008

KL..Pendang...Jitra..

Menjelang puasa ramai anak2 muda berpusu2 pulang ke kampung halaman utk menyambut awal puasa bersama keluarga. Aku adalah antara mereka yang berpusu pusu itu.

Bibir tersenyum lebar apabila papan tanda untuk mencilok ke daerah kelahiran sudah terpampang di hadapan.



Kelihatan mesin padi melata di tengah sawah. Ya. Musim menuai sudah bermula. Bermakna apabila malam tiba, berperanglah dengan nyamuk2 yang sudah sedia menunggu mangsa. Ini yang tidak boleh tahan bila balik kampung sewaktu musim menuai. Penat menggaru garu satu badan akibat serangan nyamuk. Cara terbaik pasang kelambu. Ubat nyamuk sudah pasti wajib dipasang kiri dan kanan, ,depan dan belakang kalau tidak mau tidur terganggu.

Hujan yang turun menderu deru menimpa atap zink menghasilkan bunyi yang sngguh mengasyikkan. Sudah lama tidak mendengar deruan hujan yang turun menimpa atap zink. Bunyinya..ahh..membuatkan tidur makin lena dan badan mengerekot kesejukan.

Sebelum pulang ke KL, kami sempat memanjangkan langkah ke Jitra.

Antara pemandangan yang indah sepanjang jalan ke Jitra melalui highway.


Bertemu dengan seorang teman blogger yang tinggal di sana. Borak2 sambil makan cup cake yang sungguh enak buatan sendiri. Sayangnya, dek terlalu asyik mendengar celoteh si Potel dengan Cik Pretty pasal perabot lah kitchen kabinet lah shopping lah apa lah.. aku hanya sempat makan sebiji je cup cake.Uishh...rugi...rugii...patut aku minta Cik Pretty tapaukan cupcake sedap tu..Tapi segan lah pulak. Kami meminta diri untuk beransur apabila jam menunjukkan ke pkl 7pm.

Pulang ke KL selepas bersahur dan solat subuh. Tidak mampu menunggu waktu berbuka memandangkan keesokan harinya bekerja. Awal pagi kenderaan agak kurang di atas jalan. Pemanduan penuh lancar dan tepat pkl 10.30am kami sampai di KL.

6 comments:

a.n.i.Q.u.e said...

lerrrrrrrrrrrr... awat tak habak.... eshh tengok makan slow ja.. ingat tak berapa suka, tak berani la nak semawa. Eshhh.. tu banyak lagi kat rumah sapa nak habiskan. Popo tak suka kapkek coklat. Dia suka kapkek yang bau ikan ....

Hmmmm... tu lahhh.. esh esh esh

Aku said...

hahaha..malu la cik pretty...takpa..nanti raya boleh makan banyak2 no..jgn lupa buat cup cake gunung kinabalu plak lepas ni yea..

Conan_skywalkeR said...

adoi, teringat lak kampung aku.

Aku said...

Conan,

kg ko kat mana?

Anonymous said...

area aloq staq. kedah tu rmai sedara², mana² tpt pn mesti ada sangkut paut punya.

Anonymous said...

kedah mari rupanya..why la i tak tanya masa malam tu kan? i pun org sana jugak...

kawan DM