Thursday, February 14, 2008

Larra dan gayanya

Semalam petang, Potel call aku kat office. Dia nak ajak pegi Taman Warisan Pertanian. Nak pekena satay Hj Samuri di sana. Memang setiap bulan kami akan peruntukkan at least sekali utk pergi lepak2 dan makan2 di Taman Warisan Pertanian, Presint 16. Aku suka tempat tu. Suasananya yang tenang dan tempatnya yang nampak menarik membuatkan kami tak melepaskan peluang untuk ke sana setiap kali mengidam nak makan satay. Lagipon jarak perjalanan dari rumah ke sana hanya 15 minit sahaja.

Aku suruh Potel siap2 terus la. Bila aku sampai je rumah , terus pegi. Kami akan bawa Larra sekali.

Lepas maghrib aku balik rumah. Sewaktu melalui Sunway Bridge, Potel call aku. Dia kata tak jadi pegi sebab Larra dah tido. Larra letih agaknya sebab tu tido awal.

Sampai di rumah, aku buka pintu, dan ternampak si kecil yang comel itu tengah nyenyak tido depan tv. comel la dia. Aku mcm nak cuit2 dia saja, tapi kesian pulak. Nampak dia mcm keletihan. Agaknya di nursery dia syiok main dgn kawan2 sampai tak tido agaknya. Selalu aku dapat main-main dengan dia dulu bila aku balik keje. Ni tak sempat la nak main, dia dah tido awal.
Ni pic yang sempat aku snap. Dia tido memang lasak. Suka golek2.






Malam tadi kami dinner tanpa pegang Larra sebab dia dah tido awal. Lepas dinner and lepak2 kejap, Potel dukung Larra bawa naik atas. langsung dia tak jaga. letih sangat la tu.

Pagi ni aku bangun, dia dah bangun . Awal pulak dia bangun. Ye lah. Malam tadi dah puas tido.

Ni pic waktu dia tengah menyusu.




No comments: