Sebenarnya bukan senang menjadi orang tengah dalam menyelesaikan sesuatu perkara terutama yang melibatkan hubungan seseorang. Kebanyakan akan lebih bersikap bias atau dalam erti kata lain, lebih bersikap menyebelahi sesuatu pihak.
Tak tepat utk dikatakan orang tengah sekiranya hanya sebelah pihak yang didengar. So boleh lah kita panggil dia 'orang tepi' saja. Masalah akan bertambah menjadi masalah kalau silap mengadu terutama kalau mengadu pada 'orang tepi'.
Kalau orang tengah kita boleh anggap bersikap PRO singkatan dari Professional, orang tepi pon bersikap PRO jugak tapi Prosak la. Bukan hendak menjernihkan keadaan, malah diapi apikan lagi keadaan tu bagi bertambah panas. Ini lah fungsi orang tepi sebenarnya. Alangkah malangnye seseorang pengadu kalau dia mengadu salah orang. Ingatkan orang tengah, rupanya orang tepi.
Kalau orang tengah bersikap berkecuali dan berfungsi utk mendengar serta melontarkan idea kepada pengadu, orang tepi pulak akan menambahkan lagi frasa kata. Selalunye bilangan orang tepi ni lebih banyak dari orang tengah. Kuantiti yang lebih selalunya tiada kualiti. Conclusion, Orang tepi tiada kualiti.
Dalam hidup kita, kita sentiasa dikelilingi oleh pelbagai jenis masalah. Hidup tiada masalah pon satu masalah juga. Maka masalah dengan hidup ni saling berkaitan. Tanpa masalah, manusia tak akan mampu nak utilise kan otak dia. Berkarat la jadinya sebab tak perlu berfikir utk menyelesaikan masalah. Tanpa masalah juga,manusia tak mampu berfikir dengan matang. Conclusion, masalah mematangkan kita.
Namun, kita perlu bijak memilih orang yang ingin kita adukan masalah kita. Silap pilih, haru biru dibuatnya. Bukan dia nak tolong kita, malah akan menokok tambah lagi ada. Ibarat api yang dituang minyak gas. Apa jadi?
Kita mencari penyelesaian utk sesuatu permasalahan. Umpama rundingan damai la. Sebab itulah kita mengadu. Kita mengadu kadang2 tu bukan utk orang tolong selesaikan pon. Tapi lebih kepada mendengar. Kita mencari good listener, bukan problem solver, bukan decision maker.
Perbezaan orang tengah dengan orang tepi ialah, orang tengah adalah good listener dan memberi idea yang perlu utk pengadu buat decision,bukan dia yang buat decision. Manakala orang tepi pulak lebih bersikap pandai lebih lebih macam dia la yang terer nak settlekan masalah orang. Macam la dia tau semua pasal orang. So dia lebih bersikap utk menjadi problem solver utk masalah orang. Kesian pada si pengadu lah. Pengadu ingat dia dapat orang yang sangat prihatin akan masalah dia, rupa2nya tidak. Hubungan yang boleh terjalin kembali akan terputus disebabkan orang orang tepi inilah. Bukan membantu pon, malah menghuru harakan lagi keadaan.
Orang tepi memang tiada kualiti dalam penyelesaian kepada masalah yang melibatkan hubungan sesama manusia. Justeru itu, pilihlah orang yang layak utk kita mengadu. Bukan semua orang layak untuk menjadi orang tengah atau menjadi good listener ni. Silap haribulan habis la semua masalah kita dijajanya. Ni kerja orang tepi la. Suka mengadu domba hal dalam kain orang. Habis diselaknya kain orang tu walupon sebenarnya dia pon bukan tau apa sangat. Cakap saja lebih umpama tin kosong. Bunyi kuat dalam takda isi apa apa.
So, kita nak ke orang mcm tu jadi pendengar masalah kita? Tepuk dada tanya diri sendiri looooorrr...
Friday, February 15, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment