Tahniah buat Dato' Seri Khir Toyo Al-Tempe yang akhirnya membuka blog sendiri. Nampaknya kalangan bekas pembesar negara sudah mula mengorak langkah proaktif untuk menembusi pasaran cyber selepas kekalahan besar BN pd PRU12 baru baru ini. Dengarnya Shahidan , bekas MB Perlis juga mengorak langkah yang sama. Eloklah la tu. Belajarlah mendekati rakyat di alam cyber.
Pada aku eloklah semua ADUN2, MPs, Menteri2 mempunyai blog mereka sendiri utk mendekatkan diri mereka dengan rakyat yang kebanyakannya menjadikan internet sebagai wadah meluahkan segala rasa hati mereka. Walau sesibuk mana pon mereka, tentu mereka ada masa utk meluangkan sedikit waktu melayari blog dan menjawap segala rintihan rakyat.
Di segi ini, diakui bahawa Barisan Rakyat lebih terkedepan berbanding BN yang masih konservatif dlm penggunaan blog sebagai satu cara utk mendekatkan diri dengan rakyat. Rata rata ADUN DAP, PAS dan PKR mempunyai blog mereka sendiri sejak sekian lama. Perlu diingat, salah satu punca kekalahan teruk BN ialah disebabkan pengaruh blog2 politik dan juga website politik yang berpihak kepada BA/BR. Perlu juga diingat, rakyat bukan buta IT lagi, malah lebih advance dari menteri menteri. Meraka akan mencari bahan berita yang boleh diseimbangkan denagn bahan berita terbitan BN. Perlu ada check and balance dalam sesebuah penyampaian berita supaya kita boleh menilai mana berita yang bermutu mana berita yang perlu dibakul sampahkan.
Kita semua maklum, pembangkang tidak mungkin atau mustahil dapat menyelitkan berita tentang mereka di media cetak dan media elektronik milik BN. Ada!Boleh terselit sekiranya berita yang buruk2 tentang BA/BR. Tapi berita yang baik2 semua terhapus atau melalui proses penapisan yang sungguh ketat atau dengan kata lain jangan harap lah dapat masuk berita kalau pembangkang buat perkara yang baik2.
Ketidakadilan inilah yang menyebabkan pembangkang mencari alternatif baru utk meluahkan segala isi wadah perjuangan mereka agar diketahui oleh rakyat marhaen. Dan hasilnya tidak sia-sia. 5 negeri campur 1 Wilayah Persekutuan jatuh ke tangan BA/BR. Bukan calang-calang negeri. Kalau kita lihat kawasan yang ditakluki oleh pembangkang, kebanyakannya kawasan bandar2 besar. Contohnya WP KL. Habis semua Parlimen BA/BR sapu kecuali Setiawangsa. Itupon semua orang dah maklum, wakilnya menang kerana undi POS. Di Sarawak dan Sabah misalnya, walaupon BN menang besar tapi kerusi Kuching dan Kota Kinabalu milik siapa?Milik BA/BR! Yang menjadi milik BN semuanya kawasan2 terpencil atau boleh kita kata kawasan hulu la.
Apa yang boleh kita simpulkan? Masyarakat bandar semuanya boleh dikatakan masyarakat IT. Mereka lebih cerdik dan tau apa sebenarnya yang berlaku dlm politik masa kini walaupon media milik kerajaan cuba menutup segala salah silap pemimpin BN. Jadi, BN jangan pandang sebelah mata dengan kuasa yang ada pada internet ni. Belajarlah jadi blogger dan kenal dunia blog. Anda tidak akan rugi. Kalau anda tidak ada masa untuk melawat kawasan sebulan sekali, tapi anda sudah tentu ada masa utk membuka blog dan mendengar idea2 rakyat yang datang dari pelbagai latar belakang pendidikan. Untuk membangunkan negara kita perlukan berbagai2 idea dari pelbagai pihak. Dan jangan dinafikan hak rakyat utk bersuara.
Welcome to the world of blogging Dato' Seri!
Monday, March 31, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment