Memang seronok mengikuti perkembangan politik semasa tanahair. Nak2 lepas GE12 ni. Macam2 hal. Dah menang kecoh la pulak sapa nak jadi MB.
Macam kes di Perak. Ni memang tak tersangka pon. Contoh kalau Ir Nizar Jamaluddin jadi MB, dia pon tak sangka akan jadi. Atau wakil DAP yang jadi, dia pon tak sangka, begitu jugak PKR. Senang cite hantar 3 nama sekali gus dan terima dengan hati terbuka siapa siapa yang Sultan nak perkenan jadi MB.
Juga dengar dengarnya BN Perak tengah dlm usaha nak beli wakil PAS dan PKR masuk dlm pakatan depa so that boleh la BN tubuh kerajaan di Perak. Nak jugak tu BN kuasa kat sana. Ye la kalau dapat 2 kerusi lagi depa dan boleh bentuk kerajaan. Tapi, kalau dah kalah, buat cara kalah la. Buat macam Koh Tsu Koon di Penang tu. terima dengan hati terbuka walaupon pedih. Buat macam Ong Ka Ting. Walaupon dia menang di Kulai, tapi dia menolak jawatan Menteri sebab nak bertanggungjawab atas kekalahan teruk MCA dlm GE kali ni.
Samy Vellu pon takmau terima jawatan Senator utk membolehkan dia dilantik jadi menteri sebab dia mau settlekan masalah dalaman MIC.
Tapi Melayu kita ni, walaupon kalah, dia duk pulun la nak jawatan jugak. Malu la sikit. Terima kekalahan tu dan beri peluang la pada orang lain. Dah cukup banyak kaut kekayaan masuk kantung sendiri takkan tak puas lagi kot. Belajar belajar lah jadi ketua pembangkang di DUN pulak. kalau selama ni asyik la duk lulus project itu ini sebab takdak sapa nak bangkang, now, rasakan la mcm mana jadi pembangkang. Ambil kekalahan ni sebagai iktibar.
Hidup ini umpama roda. Kejap atas kejap bawah. Yang ni ramai pemimpin lupa. Depa ingat depa akan berada di puncak kuasa sampai mati agaknye.
Di Penang, DAP sudah memansuhkan DEB.
Well, ramai la yang akan bangkitkan issue ni spashly orang UMNO lah kan. Nanti hilanglah hak2 istimewa orang melayu apa semua. Tapi, cuba kita tengok balik, selama BN perintah Penang yang mana KM dia dari Gerakan, adakah melayu ni terjaga? Walaupon Deputy KM tu melayu, tapi melayu Penang tetap terpinggir. Ni hanya sebab DAP perintah semua pakat takut la melayu akan hilang di Penang.
Cuba tengok dulu pendekatan yang DAP bawa di Penang.Jangan terus bagi serangan negative saja. Aku yakin Guan Eng takkan ketepikan kemajuan masyarakat Melayu bila dia tadbir Penang. Tengok la dulu masa dia jadi MP Kota Melaka, dia kena tahan ISA hanya sebab pertahan budak melayu yang kena kencing dengan si Rahim Thamby Chik. Apa semua sudah lupa ka? Kalau difikirkan, dia tu cina buat apa la dia nak tolong melayu?tapi dia tak, dia tolong di saat orang melayu sendiri tak tolong melayu. So now, semua duk risau la pasal ni?nonsense betul la.
Pada aku, kita bagi peluang depa perintah. Tak perlu nak menggesa sangat. Bukan depa nak perintah sampai hujung tahun ni saja. 5 tahun beb..5 tahun. Kita tunggu tengok apa yang depa janjikan tu depa tepati atau tidak. Jangan jadi macam BN, janji itu ini lepas tu tak buat, Nah..terus tumbang di 6 negeri( termasuk WP KL di mana parlimen semua di sapu habis oleh BA except Setiawangsa).
Di Kedah, negeri tempat kelahiran aku, aku nak tengok PAS perintah. Depa nak ikut macam kelantan. Ikut hukum Islam atau hudud. Lepas tu baru saja MB Kedah angkat sumpah, dalam paper BN(berita hairan) kata PAS suruh tabika kemas ditutup! Menurut berita tu, ada orang p Kemas mengaku wakil dari PAS suh cikgu2 bungkus apa semua sebab nak tutup. Nampak sangat ni mainan kotor orang yang tak terima kekalahan. Dan PAS menggesa Berita Hairan minta maaf sebab buat fitnah macam ni.
Lepas tu kecoh lak kata tambang feri pi Langkawi naik RM20 dari harga lama RM15. Wakil rakyat BN suh kerajaan Kedah menangani benda ni cepat2. Amboi la..yang duk naik rega ni sapa ?BN la jugak dulu. La ni lepas PAS dapat, kemain la depa nak tuduh macam2. Relax la beb. Apa2 masalah pon mana boleh selesai serentak. One by one lah. Bagi chance depa perintah. Nak dikecohkan apa sangat.
Di Selangor aku harap BA akan tadbir dengan telus dan adil utk rakyat. Aku yakin Tan Sri Khalid Ibrahim yang merupakan bekas CEO Guthrie dan juga pakar ekonomi ni akan menjana ekonomi Selangor utk lebih maju dan maju.
Aku tunggu PKR merealisasikan manifesto dia di Selangor yang menumpukan kepada lima teras utama sebagai kunci utama dalam memulakan proses merawat Malaysia iaitu:
Negara madani untuk semua - mempertahankan perpaduan, hak asasi dan integriti.
Ekonomi maju untuk semua - pengagihan sama rata menjana daya saing yang tinggi.
Malaysia yang selamat untuk semua - Pasukan polis yang bersih untuk perlindungan rakyat.
Harga rendah untuk semua - kawalan harga petrol dan barangan.
Pendidikan terbaik untuk semua - kualiti pendidikan tertinggi yang percuma.
Walaupon cuma memerintah peringkat negeri, aku harap manifesto ni akan ditunaikan.
Wednesday, March 12, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment