Monday, March 10, 2008

Menantu yang meloyakan

Aku memang menyampah betul la dengan dia ni. Kalau setakat menang dengan bantuan SPR(undi Pos) buat malu saja! Rata2 orang BN sendiri marahkan dia sebab si Khairy lah punca kejatuhan BN di negeri2 yang pembangkang menang. So, apalagi?hukum la dia masa perhimpunan agung UMNO nanti. Kalau simpan pon buat menyusahkan saja buat apa.

Credit to: anti-khairy blogspot

Pak Lah selamatkan diri dan menantu , hancurkan BN

Keputusan pilihanraya umum 2008 memeranjatkan seluruh negara apabila BN menang dengan majoriti mudah. Kuasa 2/3 BN dinafikan. Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang jatuh ke tangan pakatan pembangkang. Kelantan kekal ditangan PAS. Kesemua kerusi parlimen di Wilayah Perseketuan disapu bersih oleh pakatan pembangkang kecuali Setiawangsa dan Putrajaya.

Ahli UMNO telah menyahut cadangan Tun Dr. Mahathir untuk membersihkan UMNO melalui pilihanraya umum.

Semalam ramai yang sudah tahu bagaimana Pak Lah menggunakan kuasanya untuk menyelamatkan maruah diri dan menantu. Pak Lah yang pada mulanya hanya menang 1000 undi manakala menantunya yang telah kalah dengan 800 undi menggunakan kuasanya memaksa SPR menghantar sebanyak mungkin undi pos di kerusi parlimen Kepala Batas dan Rembau.

Oleh kerana itu Pak Lah mendapat majoriti 11,246 manakala menantunya yang pada mulanya kalah, menang dengan majoriti 5,746 undi. Ketika kiraan semula yang dijalankan selama 2 kali bagi kerusi parlimen Rembau, hanya Khairy dan penyokong BN dibenarkan masuk manakala Badrul Hisham Shaharin dan penyokongnya tidak dibenarkan masuk.

Apa-apa pun terima kasih kepada rakyat Rembau yang telah bekerja keras bagi memastikan menantu PM kalah. Dimata rakyat Rembau, menantu PM bukanlah ahli parlimen mereka. Cikgu Badrul adalah ahli parlimen kami yang sah!!


Teruskan bekerja. Sekat ahli parlimen "undi pos" untuk bermaharajalela di Rembau!

Kepada ahli UMNO Rembau, kita ganyang menantu PM dalam pemilihan UMNO akan datang!!!

Anak Jati Rembau

No comments: