Sana sini rakyat bercerita pasal politik. ye la dah nak election sabtu ni. Gendang dah dipalu, kempen pon dah kempen, tunggu masa saja utk rakyat mengundi. Untuk menentukan masa depan Malaysia.
Korang sokong mana? ini aku nak tanya ni. Apa kriteria hang pa sokong parti itu parti ini? Adakah main balun saja? atau adakah menyokong bila membaca paper?tak kira la paper puak BN ka puak pembangkang ka. Atau bila tengok TV maka minda terbuka luas utk memilih parti mana? Adakah pilih parti atau pilih calon? Seronok sebenarnya nak menganalisa pasal ni. Ada juga yang tidak endahkan pasal hal2 politik dan tak kisah mana menang. Sama saja pd dia. Ada yang lebih kisahkan AF6 yang bakal menemui penonton tak lama lagi, hal2 politik adalah isu terpinggir buat dia. Pendek kata mcm2persepsi orang ramai kalau kita bicara soal politik ni.
Kita tengok, buka mata luas luas, sepanjang 50 tahun perintah negara, banyak tak pembaharuan yang dibuat oleh kerajaan yang dilantik? Ye, boleh la kita katakan banyka pembaharuan. Adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk melakukan pembaharuan, untuk melakukan pembangunan , untuk dinikmati oleh segenap lapisan masyarakat. Dari mana kerajaan dapat duit nak buat semua tu?nak bina prasarana? semuanya DUIT RAKYAT, DUIT KITA tax payers ni lah. Kalau kita tak bagi duit, mana kerajaan nak amik duit buat semua tu?Mana?? Jadi di sini kuasa rakyat tu sangat penting sebenarnya untuk menentu hala tuju negara kita. Sebab itulah kita, rakyat2 marhaen ni kena pandai memilih ornag yang boleh menerajui negara kita utk kepentingan kita bersama2 bukan utk kepentingan individu tertentu sahaja.
Cuma apa yang aku kesali ialah, sekarang ni mcm2 kes terbongkar dan mendedahkan kepincangan pemerintah dlm menangani isu2 hangat ni. Isu kehakiman negara yang terjejas teruk ekoran terbongkarnya video VK Lingam dengan seorang Ketua Hakim Negara. Sungguh memalukan dan memualkan. Baru ni kita tau rupanya nak lantik hakim pon boleh deal mcm tu saja? perghh..dasyat kan. Sampai DAP lantik pemuda yang rakam video tu sebagai calon la kat Kelana Jaya. He he he.
Kes Althantuya sampai la ni tak settle2 lagi. Mula2 dulu seronok la nak ikut. La ni mampuih pi lah. Malas aku nak layan. Ni semua rencana orang atasan jugak. Nak tutup nama dia, orang lain la yang kena.Jadi kambing hitam.
Belum masuk lagi kes2 kanak2 hilang yang tak dijumpai. Kes Nurin yang sungguh menyayat hati sekali. Kes Sharlinie tu dah 2 bulan lebih dah sampai ke la ni tatau mana nak detect budak tu. Apa keje polis? kerja duk hambat dan halang ceramah dan perhimpunan parti pembangkang saja. Kredibiliti polis memang dah terjejas teruk. Dengan IGP dituduh terima rasuah RM2 juta, lepas tu disambung pulak khidmat dia selama 2 tahun lagi. Tapi masalah yang melibatkan polis masih begitu.
Kes menteri2 lagi lah. Masih ingat lagi kes Bekas Ketua Menteri Sabah, Osu Sukam yang disaman oleh Mahkamah luar negara(dah lupa negara mana) kerana berhutang judi RM7juta!!!amboii..sakannya berjudi sampai berhutang berjuta2 woii...uishh...Belum lagi Johari Baharom, Timbalan Menteri Dalam Negeri yang dikhabarkan mendapat imbuhan RM5 juta sebab membebaskan 3 orang penjenayah yang paling dikehendaki. Tapi biasa la bila BPR check apa semua, dia lepas. Sebab BPR pon jenis makan rasuah! Kalau menteri2 ni terlepas pon bila masuk court, tak yah heran la sebab hakim mahkamah pon boleh perlantikan depa diatur. So tak perlu nak hairan kalau ada benda2 magic yang sentiasa berlaku di Malaysia ni.
Demokrasi di negara kita ni dah berjalan selama 50 tahun. Sepanjang tempoh tu, aku rasa pilihanraya yang paling diingati ialah pada 1999 kerana pada tahun itulah Terengganu jatuh ke tangan PAS, Kelantan kekal di tangan PAS. Manakala rata2 menteri2 yang tewas di tangan pembangkang.Najib Al-thantuya juga nyaris2 kalah di Pekan, akan tetap magic yang berlaku dengan kemasukan peti undi pos, maka rating undi naik balik dan dia menang dengan majoriti tipis 400 lebih.Inilah dia BN. Yang sentiasa takut akan kebangkitan rakyat.
Bila takut, mcm2 cara yang dia buat utk mengalahkan pembangkang dengan cara yang sungguh tidak demokrasi. Ini la dia pengecut namanya. Tidak sanggup menerima kekalahan secara anak jantan. Dengan kerjasama erat dari SPR (suruhanjaya penipu rakyat), maka berleluasa lah penipuan oleh BN ini.
Penamaan calon pada 24 Feb lepas menunjukkan pembangkang hampir menang tanpa bertanding di beberapa kerusi Parlimen dan DUN kalau tak kerana campur tangan SPR yang sungguh tak pro ni. Di mana calon BN terlupa utk sign borang seperti Rafidah Aziz di Kuala Kangsar, calon BN di Titiwangsa di mana stem hasil tidak dimatikan, calon BN dia DUN Cempaka(Nik Aziz dengan baik hati membenarkan calon ni sign jugak walaupon dah lebih masa)dan beberapa calon BN lagi yang terlupa nak sign borang atau borang tak ada stem hasil. Sudah terang lagi bersuluh, SPR ni memang kroni BN. Sepatutnya SPR bertindak sebagai pihak berkecuali dlm hal ni. Nampaknya inilah hasil dari penambahan umur bersara Rashid iaitu utk memenangkan BN. Sungguh kotor dan jijik sekali permainan politik BN.
Aku tak hairan kalau BN memang tanpa bertanding terutama di Sabah n Sarawak sebab kat sana calon BN sogok duit ratus ribu malahan juta utk calon pembangkang tarik diri. Di sana nak jadi calon, mesti kena banyak duit. Ertinya kena orang kaya2. Tak percaya boleh check biodata calon2 BN di sana. Tengok la betapa mereka betul2 dahagakan kerusi bukan utk berkhidmat pada masyarakat tapi berkhidmat utk diri sendiri serta kroni2.Azalina yang menang tanpa bertanding tu pon dikatakan menyogok calon PKR sebanyak sejuta ringgit utk menarik diri. Pegh...kayanyaaa..kalau benda tu tipu takkan senang2 orang kata dia sogok sejuta. Dia memang menafikan tapi kalau betul dia tak buat, saman la orang yang tuduh. Kenapa tidak?Kita boleh fikir lah sendiri.
Di Jitra beberapa hari lepas, Pak Lah kata ekonomi kita meningkat hingga 6%. Tak perlu la berdegar2 bercakap peratus2 ni kalau yang merasa peningkatan ekonomi ni hanya kroni2 dia saja. Goverment Servant mungkin merasai juga nikmat kenaikan gaji serta penambahan elaun2 rumah, kenderaan dan sebagainya. Tapi bagaimana yang kerja swasta mcm aku ni? Hanya boleh menikmati potongan utk road tax sajalah walaupon cuma kurang beberapa puluh ringgit saja.
Sesungguh aku dah muak mendengar berita di tv perdana yang hanya memuji parti pemerintah dan mengeji parti lawan. Kalau kita tengok berita, kalau kita baca paper terutama utusan meloya atau berita hairan, kita dapati berita di dalam semua memuji pemerintah seolah2 mereka ini maksum iaitu tiada salah langsung. Yang salah hanya parti lawan saja. Yang baik2 semua BN. Ulamak yang sepatutnye dihormati terus dikeji. Ini ke Islam Hadhari yang dibawa oleh Pak Lah?Kalau baca prinsip dalam Islam Hadhari yang ada 10 kesemuanya, itu semua dah ada dalam ajaran Islam. Walaupon Rukun Islam ada 5, tapi ia menyeluruh dan tak perlu nak mewujudkan Islam Hadhari ke Had hari ke apa lagi dah. Tujuan Paklah mewujudkan Islam Hadhari ni kenapa?haaa..yang tu kena tanya dia lah. Jangan tanya akuLAH. Kalau tanya aku , aku jawab UndurLAH..cukupLAH..bagi chance orang lain pulakLAH..
Pada aku lah, kalau pon nak menawan Kelantan, tak perlu bagi fakta yang tipu pada orang2 yang mendengar ceramah. Orang sekarang bukan macam orang dulu. Dengar dan terus percaya. Orang sekarang dengar saja, percaya belum tentu sebab mereka aada byk source utk buktikan benar atau tidak kata2 orang yang menipu tu. Contohnya ialah orang senior dalam BN lah. Sapa lagi kalau tak Muhyiddin Yassin yang tak dpt naik jadi TPM tu. Berdegar2 dia cakap hutang kerajaan Kelantan berjumlah hampir 1 billion!!wow...banyaknye kerajaan kelantan hutangg!!tapi betul keee??mana dia dapat figure tu?sapa kasi dia??
Menurut data "Tunggakan Bayaran Balik Pinjaman Mengikut Negeri Sehingga 31 Disember 2006", Kelantan mempunyai tunggakan RM11.6 juta berbanding Selangor sebanyak RM587.45juta, Kedah (RM385.23 juta), Johor (RM365.8 juta) dan Pahang (RM309.13 juta).
Terengganu, yang berjaya dirampas BN pada pilihanraya umum lepas, mempunyai tunggakan RM300.34 juta.
Muhyiddin lupa nak tengok hutang negeri dia sendiri.tu haaa..RM365.8 juta tu cuba compare dengan hutang Kelantan hang hanya berjumlah RM11.6 juta. berapa banyak beza??Kelantan adalah negeri kedua terbaik yang membayar hutang selepas Sarawak yang tidak mempunyai apa2 hutang dengan kerajaan persekutuan.
Kalaupon nak berucap depan rakyat jelata yang tua2 pon, fakta perlu ada.Jangan main cakap saja. Ibarat ludah ke langit terkena ke muka sendiri. Rakyat sekarang bukan rakyat yang bodo bodo. semuanya dah celik huruf celik IT. Jangan sampai digelakkan rakyat dek kebodohan sendiri.
Aku dah tak nampak erti demokrasi di Malaysia ni. Demokrasi yang diperkosa oleh orang2 yang mempunyai agenda peribadi. Tak mustahil suatu masa nanti Malaysia akan jadi negara Republik. Tengok sajalah. Kuasa raja2 pon dah dilimitkan. Nak lantik hakim pon atas nasihat PM. Nasihat dalam erti kata terima sajalah. Nasib baik la Pengerusi Majlis Raja2 ialah Raja Azlan Shah yang merupakan Bekas Hakim Besar Malaya. Maksudnya orang cerdik pandai. Tak boleh nak digula2kan sangat oleh PM. Sebab tu la proses nak lantik Ketua Hakim Negara ambil masa yang agak lama sebab Majlis Raja2 tak setuju dengan cadangan PM nak lanjutkan khidmat si Fairuz yang terang2 ada kontroversi dan terlibat dlm kes video VK Lingam tuh. Ye la..kalau perlantikan hakim pon boleh diuruskan oleh seorang lawyer yang sebelum ni tak dikenali(memang aku tak kenal pon), maknanya betapa tenatnya institusi kehakiman kita ni. Hakim yang tak layak dilantik. Yang layak, dibuang macam kes Tun Salleh Abbas dulu. Apa kess?
Yang pasti tunggu sajalah 8 Mac ni. Memang proses demokrasi ni adalah kuasa rakyat tapi sekiranya dicampur dengan bermacam magic dan penipuan, dah tak nama demokrasi lagi dah. Demo kasi la jawabnya. jadi, tak hairan lah kalau kita tengok laporan dalam majalah the economist, negara kita ialah negara yang mendapat nombor tercorot dalam demokrasi terencat iaitu number 81!!dah la demokrasi terencat, nombor tercorot pulak tu , share dengan Bolivia. Mana nak letak muka woii...
Di sini apa yang rakyat nak(aku la rakyat tu) ialah simple majority di parlimen, di DUN supaya ada check and balance. Jadi, takde la BN senang2 nak lulus project itu project ini kerana ia memerlukan majority utk luluskan sesuatu project. Situasi sekarang ialah BN 90% di Parlimen manakala pembangkang hanya 10%. Umpama anjing menyalak bukit lah. Takde hasil.
Kalau tengok manifesto BN pon aku dah muak..sebab sama je..nak kata selamat?makmur?kalau selamat, kenapa kes budak hilang sampai skang tak jumpa?macam mana nak kata selamat?Dengan bertambahnya pekerja asing dan pendatang PATI, apa yang kerajaan buat utk menangani masalah ini? Kes rogol oleh PATI berleluasa, rompak, samun, bunuh semua ada. Tengok la election nanti, penuh la pendatang pon jadi pengundi hantu. Dikatakan di Pekan, Pahang tempat Najib Al-thantuya bertanding, dah disediakan kediaman utk kaum pendatang Burma. Siap dapat wang ehsan dari JKM lagi. Inilah dia, kera dihutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan. Hanya kerana ingin kemenangan, tidak kira apa dah.
Cerita ni semua kita tak akan jumpa kalau selak beratus kali dalam surat khabar arus perdana atau media elektronik yang dikuasai oleh pemerintah. Semua yang buruk2 dihidekan dari tontonan atau bacaan umum. Kalau dengar berita, kalau baca paper, bunyi mcm betapa maksumnya pemerintah kita. Langsung takde salah! Tak mengaku salah ada la.
Tapi aku salute pada mantan menteri kesihatan, Chua Soi Lek yang secara gentelman mengaku salah atas perlakuan seks beliau dlm video yang merata tempat dah diedarkan. Dia meletak jawatan dengan penuh rela walaupon imej tercalar dek perangai sendiri. Apa2 pon anak dia dah dilantik sebagai calon Parlimen Labis menggantikan tempat beliau. Patah tumbuh hilang berganti. Bila dah jadi menteri jadi VVIP, scandal dengan pempuan memang tak boleh dipisahkan. Ramai lagi pemimpin yang jatuh sebab scandal umpama bekas MB Selangor yang penah dikatakan Mr Clean iaitu Abu Hassan Omar. Juga aku teringin nak tau, kisah Mahazir Menteri Besar Kedah yang dikatakan ada affair dengan puteri umno Sg Petani. Khabarnya penarikan diri puteri umno tu sebagai calon dlm pilihanraya ni sebab taknak scandal ni terbongkar. Macam2 lah.
Apa2 pon sebagai pengundi, pilih dengan bijak kerana undi kita sangat berharga. Selamat Mengundi!!
Tuesday, March 4, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment