Tahniah kepada Kerajaan Selangor kerana telah memenuhi salah satu janji dlm manifesto mereka iaitu memberi subsidi utk bil air sebanyak 20meter padu air bersamaan dgn RM11.40.
Aku adalah salah seorang warga Selangor yang bakal merasai nikmat air percuma itu April depan. Walaupon ianya tidak seberapa memandang bil air rumah aku pon hanya sekitar RM6, tapi aku tetap bersyukur. Dapat merasa juga janji2 manis yang dikotakan.
Juga dikatakan 10 buah rumah exco yang dulu yang sungguh mewah itu akan dijual memandangkan semua ADUN ada rumah sendiri di Selangor. Ini satu sifat yang cukup membanggakan.
Pembinaan 10 banglo yang dilengkapi sebuah rumah kelab untuk anggota Exco Selangor di Seksyen 7 Shah Alam pernah mencetuskan kontroversi apabila ADUN Sungai Pinang, Teng Chang Khim mendakwa pembinaannya menelan kos kira-kira RM40 juta termasuk kos tanah, pembinaan dan kelengkapan.
Bagaimanapun, Menteri Besar Selangor ketika itu, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo menafikan dakwaan itu dan menegaskan kos sebenarnya adalah RM21 juta.
Menurut Mohamad Khir, pembinaan banglo-banglo yang mula didiami sejak 2005 itu diluluskan pada 2001 dan ia bukan untuk semua Exco tetapi untuk Exco yang tidak ada rumah di Shah Alam dan para pegawai kanan kerajaan negeri.
Dalam pada itu, ADUN Kajang, Lee Kim Sin mengesahkan bahawa PKR Selangor bersetuju untuk menjual banglo-banglo mewah di Seksyen 7 Shah Alam yang dijadikan sebagai kediaman rasmi Exco-Exco kerajaan negeri.
PKR Selangor mendapati banglo-banglo ini terlalu mewah dan ahli-ahli Exco tidak memerlukan kediaman yang sebegitu mewah.
Adalah lebih baik menjual semua unit banglo itu dan hasilnya boleh digunakan untuk menjalankan projek- projek yang dapat memanfaatkan rakyat di Selangor.
Inilah yang sepatutnye kerajaan negeri buat. Jangan terlalu bermewah utk diri sendiri sedangkan perbelanjaan semua atas duit rakyat.
Aku harap lepas ini akan ada pengumuman utk menurunkan cukai pintu cukai tanah apa semua seperti yang dilaksanakan oleh Kerajaan PAS Kedah iaiatu menurunkan cukai tanah sebanyak 30%.
Untuk penurunan petrol dan toll pulak, disebabkan ianya dari Federal dan perlu mendapat kelulusan kabinet, maka kita harap wakil dari BA akan bersungguh2 membawa suara rakyat di Parlimen dan menuntut hak rakyat.
Tuesday, March 18, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment