Monday, March 10, 2008

KELANTAN TIDAK KESEORANGAN LAGI

TAHNIAH!!TAHNIAH kepada Barisan Rakyat yang menang BESAR dalam election kali ni. Kalau sebelum election, pemimpin besar BN asyik berulang alik ke Kelantan denagn misi utk menawan Kelantan, seperti mana Najib kata 'Tahun Merawat Kelantan', Maka Barisan Rakyat menunjukkan jalan keluar kepada BN di Kedah, Perak, Selangor dan Penang! Bukan satu!tapi Lima!!L.I.M.A!

Asyik duk pulun kat Kelantan, sampai tak sedar tempat lain tak diperhatikan. Hanya bina Kubu di suatu tempat dan yakin tempat lain kubu kuat, inilah jadinya. Nak kata apa lagi dah? Ini lah PILIHAN RAKYAT

Kedah aku memang yakin akan dapat pada PAS tapi aku tak sangka la PAS serta PKR dan DAP sapu lebih dua pertiga di sana. Selepas Kedah, kita ke Penang. Yea, kalau penggal penggal yang lepas, Projek Tanjung 1,Tanjung 2 dan Tanjung 3 gagal direalisasikan oleh DAP, kali ni umpan mereka sudah mengena. Penang kini di bawah penguasaan DAP yang menyapu bersih 100% kerusi yang mereka tandingi. Nampak ketara masyarakat cina menolak kepimpinan BN di bawah parti komponen Gerakan dan MCA. Aku hat off pada Koh Tsu Koon yang secara gentleman menerima kekalahan besar BN secara professional dan bertanggungjawab sepenuhnya. Dia juga melahirkan hasrat utk melepaskan kerusi Presiden Gerakan. Cuma aku kesian dengan masyarakat MELAYU di Penang. Kalau masa Gerakan memerintah pon, nasib mereka terpinggir, kali ni tatau la mcm mana. Aku harap DAP akan memberi keadilan yang sama utk masyarakat melayu di Penang.

Apa yang menarik di sini ialah, PM kita Pak Lah, menjadi pembangkang di negeri sendiri. Hah!! menjadi PM di peringkat Persekutuan, dan menjadi pembangkang di tempat kelahiran. Aku rasa benda ni patut dibincangkan di Perhimpunan Agung UMNO nanti. Kalau di ikutkan lah, Najib la layak naik sebab dia menang besar di Pahang dan BN berjaya membentuk kerajaan negeri di Pahang. Penang?yang membentuk kerajaan negeri ialah Barisan Rakyat, bukan BN. So tak kisah ke orang umno Paklah jadi PM walaupon negeri dia tergadai di tangan DAP? menarik issue ini utk dibahaskan.

Dari Penang kita ke Perak pulak. Ye..aku memang langsung tak sangka Perak boleh jatuh ke tangan Barisan Rakyat. Lagi2 aku tak sangka si Semi Value tu kalah teruk di Sungai Siput! Lagi best bila tau Kayveas yang bermulut lancang tu pon ditunjukkan jalan keluar di Taiping. Dan berakhirlah era PPP yang kini tiada suara di Parlimen. Tatau la kalau parti komponen BN yang lain kesian kat si Kayveas ni dan bagi jadi senator lagi, dan bagi dia jawatan menteri tanpa portfolio?

Disebabkan mengamal dasar kesian ni la BN tumbang di Perak. Ini yang aku nampak. Sebab kesian, kerusi Taiping yang dimiliki Gerakan diberikan pd PPP. Sebab kesiankan Gerakan yang tergadai kerusinya, maka Lenggeng diberikan kepada Gerakan sebagai galang ganti dan Umno amik kerusi Bukit Gantang. Hasilnya?? Bukit Gantang jatuh ke tangan PAS. Azim Zabidi yang dikatakan sekutu rapat Khairy dan disebut2 akan dilantik menjadi Menteri tewas di tangan Dr Roslan Shaharum dari PAS. Kenapa ini terjadi?sebab rakyat dan muak dengan percaturuan politik BN. Mereka menggunakan pentas politik utk memenuhi kantung sendiri tanpa memikirkan kebajikan rakyat. Might as well rakyat bagi peluang pada orang lain saja utk jadi wakil depa, untuk mewakili suara rakyat. Sebab rakyat dah BOSAN, dah MUAK dengan BN. Kalau tak, takkan le orang dalam tahanan ISA pon boleh menang mengalahkan BN..Wahahaha...serious aku terkejut.

Issue yang menarik di Perak ialah DAP menang besar dengan 16 kerusi, PKR 7 dan PAS 6. Issue nya ialah sapa akan jadi MB Perak? Kalau ikutkan majority tentu DAP yang layak. Tapi perlembagaan tidak memungkinkan kaum cina menjadi MB. So now, MB beralih ke PKR dan PAS. Dalam PKR, ada 3 calon melayu yang menang dari 7 kerusi. PAS pula of course lah ke enam2 yang menang itu Melayu. Pada mulanya desas desus mengatakan Ir. Nizar dari PAS yang bakal dilantik ke jawatan MB tapi masih belum diputuskan sehingga berita ini ditulis. Mungkin hari ni MB Perak akan diputuskan sapa yang dapat. Kita tungguu..

Tak seperti Koh Tsu Koon di Penang yang menerima kekalahan secara gentleman , berlainan pulak Tajol Rosli di Perak. Dia langsung tak menunjukkan muka walaupon wartawan berkumpul di perkarangan rumahnya sekian lama untk meminta beliau membuat ulasan ekoran kekalahan teruk BN di Perak. Inilah dia orang kita. Asal kalah je tak boleh terima secara gentleman. Kalau ko serabut mcm mana pon, ko kena tenang sebab ko pemimpin. Dalam apa jua keadaan pon ko tak boleh jadi pengecut, menyembunyikan diri. Ini bukan ciri2 pemimpin. Ini pengecut. Orang mcm ni kalau jadi jeneral di medan perang, dia yang lari dulu bila nampak pasukan musuh. Orang mcm ni ke nak jadi pemimpin kita?pemimpian orang Melayu? Well, itu saja komen aku pasal Tajol Rosli. Sikap dia sungguh mengecewakan.

dari Perak kita melangkah pulak ke negeri termaju di Malaysia, Selangor Darul Ehsan. Kejutan demi kejutan berlaku. Kejutan yang sungguh memeranjatkan. BN Selangor tumbang di tangan Barisan Rakyat!!Wowowowoo...ni part paling menarik aku rasa. Habis semua kena sapu. Tinggal la sket2 utk BN. Nasib baik Khir Toyo tak kalah. Kalau tak, berapa banyak giant killer yang terhasil ekoran kekalahan Presiden parti komponen BN ni.

Di Selangor aku rasa undi protes adalah dari semua kaum iaitu India, Cina dan Melayu. Tengok la, MIC abis kalah teruk di Selangor. Semua PKR sapu kerusi yang MIC tanding. Nampak sgt masyarakat India tolak kepimpinan MIC yang tak jaga kebajikan depa. Orang Cina dah tak sokong MCA dah. Depa beralih pada DAP. Orang melayu banyak menyokong PAS dan PKR. Majority menolak calon2 BN walaupon calon itu berkaliber. Inilah natijahnya kalau BN tak jaga rakyat. Orang skang mengundi orang pilih parti, dah tak tengok calon. Sebabnya overall BN punye performance teruk. Kalau tak teruk, tentu BN boleh mengawal issue kenaikan harga barang, kenaikan minyak,kenaikan toll apa semua.

Fikirlah, kita adalah negara pengeluar minyak. Kenapa kita sendiri tak boleh nak control harga minyak utk kegunaan rakyat kita. Memang kenaikan harga minyak dunia kita tak boleh control. Tapi utk kegunaan dlm negara kenapa kita tak boleh? Kalau Thailand ka Singapore ka Indonesia ka yang tak boleh kawal minyak memang la logik sebab depa bukan negara pengeluar minyak. Tapi kita kena ingat, walaupon minyak depa sedikit mahal, cuba p tengok negara depa. Apa yang pemerintah bagi? Di Thailand misalnya, ada berapa je toll, dan depa tak perlu nak bayar road tax macam kita apa semua.

Di Singapore misalnya, walaupon kerajaan sana tak ada kasi subsidi pada rakyat, tengok lah apa yang depa kasi pada rakyat. Dengan kemudahan dan prasarana yang selesa, dengan gaji yang cukup tinggi, rakyat nak komplen ka?rakyat nak marah ka?takk..Aku sendiri yang penah ke Singapore, memang aku puji kerajaan depa. Kalau aku naik LRT di sana, aku boleh dapat balik duit aku bila sampai di stesen berikutnya. Macam fare charge tu adalah berbentuk deposit. Boleh dipulangkan balik kalau nak.

See..kat sini ada ka?Kat sini kerajaan pon dah mcm swasta. Semua dia nak charge. Dah la dia buat prasarana tu pakai duit rakyat. Dah buat, dia nak charge lagi dengan toll lah apa lah. Apa ni? Mana tahan weyy.. Kalau gaji lebih dari 10 ribu tu takpa la..Ini kebanyakannya rakyat marhain, golongon pertengahan, golongan yang makan gaji saja. Kenapa kerajaan tak fikir semua tu? Well dia pk, tapi sebab depa dah nampak mcm2 project yang boleh memenuhkan tembolok mereka dan kroni2 mereka, maka rakyat dah tak dipeduli lagi. Inilah dia padahnya bila berada di puncak kuasa. Dan mereka ini sudah terhukum bila rakyat menolak mereka dlm election kali ni. Padan muka!

Nasib baik la Putrajaya tu BN dapat. Imagine, tapuk pemerintahan kerajaan tapi wakilnya ialah PAS. Hahahaha!!(gelak ada makna ni)

Apa yang aku nampak, rakyat di Ibu Negara Malaysia ni hendakkan perubahan. Sebab itulah kerusi Parlimen di Wialyah Persekutuan Kuala Lumpur habis disapu bersih oleh PAS,PKR dan DAP. Cuma tinggal satu je kerusi terkontang kanting sorang2 utk BN iaitu di Parlimen Setiawangsa yang dimiliki oleh Zulhasnan Rafique. Betapa jelasnya mesej dari rakyat kali ini utk BN. Kalau lah parti pemerintah masih lagi berkhayal khayal, rakyat akan terus menghukum dan menghukum. Belajarlah dari kekalahan wahai BN. Bangunlah dari tidur. Paklah yang suka tidur mesti dah tak boleh nak tidur tidur lagi dah. Paklah yang suka sangat bawak bini p oversea tu, kurang kurangkan lah. jenguk lah rakyat, buat lah kebajikan utk rakyat. Masa mula jadi PM, Paklah jugak yang kata bekerjalah bersama2 dengan dia. Tapi mana janji manis tu wahai Paklah?mana?

Rakyat ada hak utk memilih. Dan inilah pilihan rakyat. Jangan salahkan pilihan rakyat kalau BN tak buat apa2 utk rakyat. Kalau setakat BN claimed dia buat itu ini utk rakyat dan rakyat kena la terhutang budi kat dia, dia kena ingat tu DUIT RAKYAT. dia cuma diamanahkan utk gunakan duit rakyat utk kepentingan rakyat. BUkan kepentingan dia. Duit gaji depa sebagai PM, TPM, Menteri2, Elaun2 apa semua tu pon DUIT RAKYAT tau.!! Apa sudah LUPA kaa??

Satu lagi, kerajaan pusat perlu bersikap adil dan saksama pada semau negeri walaupon negeri itu diperintah oleh parti alternatif. Kerana kerajaan mendapat mandat dari rakyat maka jangan cuba sesekali menganak tirikan atau memilih kasih negeri mana perlu di beri bantuan lebih , negeri mana tak perlu diberi bantuan sebab tu parti pembangkang. Kerajaan bukan parti. Itu kena ingat. Tengok la Kelantan masa PAS mula2 perintah. Berapa kesiannya Kelantan dianak tirikan oleh kerajaan pusat. Walhal bantuan perlu diberi sama rata utk setiap negeri.

AKu yakin , kini kerajaan tak boleh buat ikut suka hati depa dah sebab BN cuma pegang simple majority. INi yang rakyat nak pon. Simple Majority. So that dia tak boleh la ikut suka mak bapak dia nak buat apa2 sebab suara pembangkang sudah ada VALUE di Parlimen (PKR mendapat 31 kerusi manakala DAP 28 kerusi dan PAS 23 kerusi. Kesemuanya berjumlah 82 kerusi Parlimen). Tanpa sokongan Pembangkang, kerajaan tak boleh buat ikut suka dia. Ini penting utk kebajikan rakyat. Dan aku tak sabar menunggu perkembangan politik tanah air. Semoga kita sebagai rakyat Malaysia akan mendapat keadilan sepenuhnya.

No comments: