Tuesday, March 18, 2008

Dasar Pembangunan Nasional (DPN)

Lepas dah khatam DEB, mari kita baca apa itu DPN.

Dasar Pembangunan Nasional (DPN) merupakan dasar ekonomi Malaysia yang digunakan sekarang. Ia merupakan sambungan Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang berakhir pada 1990. Walau bagaimanapun, fokusnya hampir serupa dengan DEB.

Fokus
1. Membasmi golongan miskin
2. Menyusun semula masyarakat


Objektif
1. Memperkukuhkan kestabilan negara dari segi ekonomi, sosial dan politik melalui pembangunan bandar dan di luar bandar
2. Menjadi negara maju dan mengukuhkan keadilan sosial, nilai etika, moral, kualiti hidup dan mengamalkan prinsip pentadbiran yang adil dan kecemerlangan ekonomi.

Program
1. Membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat
2. Memastikan keseimbangan kaum dalam pelbagai aspek
3. Meningkatkan penggunaan sains dan teknologi
4. Menerapkan nilai sosial, kerohanian, dan amalan cintakan alam sekitar
5. Meningkatkan peluang dan kemudahan pendidikan

No comments: