Di saat Paklah mengumumkan kabinet barunya, ramai rupanya yang tak puas hati.
Mula2 Wanita Umno tak puas hati sebab takde langsung jawatan menteri utk depa. Azalina tak dikira Wanita lagi sebab dia masih lagi dalam kem Puteri walaupon umur sudah lebih 40.
Hasil dari bantahan mereka, maka PakLah pon melantik la Shahrizat sebagai penasihat khas bertaraf menteri khusus utk pembangunan wanita. Sebab tu la perlantikan Shahrizat ni PakLah tak umum sekali dengan pengumuman kabinet baru, sebab dia dilantik lepas tu hasil bantahan Wanita Umno yang mahukan kerusi menteri utk pergerakan itu.
Yang kita tau , Menteri utk wanita- wanita dah ada pon dari MCA. So tatau la apa fungsi Shahrizat ni walaupon dikatakan penasihat khas. Tahniah lah sebab rezeki dia walaupon tewas tapi dilantik jawatan bertaraf menteri. Maknanya gaji dan elaun semua pon bertaraf menteri lah kan..
Habis satu hal, kecoh plak pasal adik sultan pahang,Deputy Foreign Minister Tengku Dato’ Seri Azlan Sultan Abu Bakar dan Deputy Transport Minister Dato’ Anifah Aman yang menolak perlantikan depa. Depa kata awat bagi jawatan deputy saja. Depa dah lama berkhidmat kena la jadi menteri penuh!Paklah pulak kata keputusan dia muktamad. Sama ada mau atau tak, kalau tak dia lantik orang lain.Habis cite.
Terbaru, setiausaha agung Umno, Datuk Radzi Sheikh Ahmad yang tak dilantik jadi menteri melepaskan semua jawatan dalam UMNO dan digantikan dengan Tg Adnan Mansor.
Apa yang aku nak kata kat sini lah, UMNO mengalami masalah politik dalaman. Semuanya GILA KUASA! Sebab kuasa semua jadi tak ketahuan. Rakyat duk tengokkkk saja depa depa ni. Dengan Shahidan yang tak leh terima MB Perlis yang baru la..dengan kes2 ini lah..isk..nampak sgt UMNO dah TENAT.
Cuba tengok parti lain? MCA misalnya ada kecoh2?takdak..presiden dia siap takmo dilantik jadi menteri sebab nak tanggungjawab atas kekalahan MCA yang teruk dlm GE12 ni. See...dia takmo jawatan. UMNO? Punye nak jawatan sampai kecoh2. Isk..malu la kat orang lain.
Dalam depa duk kata2 kat BA, now benda ni kena kat depa balik. Tu la jangan dengki kat orang. Duk kata macam2 kat DAP, PAS, PKR..now??menepuk air di dulang terpercik ke muka sendiri la jawabnya..
Di sini aku sebagai rakyat kebanyakan cuma mengharapkan agar kekecohan ini jgn berpanjangan sudah lah. Yang penting menteri menteri yang dilantik sila jalankan tanggungjawab anda !
Wednesday, March 19, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment