Friday, March 14, 2008

Politik Kita Wajah Kita

Haru Biru!

Tu aje aku boleh kata bila melihat senario politik kita.

Terbaru, Datuk Dr Isa Sabu, ADUN Bintong dilantik menjadi MB Perlis yang baru atas perkenan Sultan. Shahidan yang dikatakan mendapat watikah dari Pak Lah utk menjadi MB Perlis akhirnya gigit jari! Jawatan MB adalah atas perkenan Sultan, bukan PM. Kalau PM suka pon, tapi Sultan tak suka, maka tak akan jadi. Sepatutnye Shahidan terima dengan terbuka yang dia bukan lagi MB. Bukan menentang Sultan. Membantah apa yang Sultan nak tu dikira menentang atau menderhaka. Lagi Shahidan naik berang sebab Dr Isa diketahui ramai adalah geng Datuk Radzi Sheikh Ahmad, yang merupakan musuh ketat Shahidan.

Ok.Kita tinggalkan kes Shahidan dulu. Tatau la esok apa cerita pulak. Amat menarik mengikuti perkembangan politik sejak lepas GE12 ni. Huru hara satu negara. Bukan aku tumpang seronok. Tapi nampak sangat melayu kita ni dalam satu parti pon berpecah belah. Ada Team A Team B. Kalau satu parti pon berpecah belah, apatah lagi nak bersepakat dengan parti lawan? Memang tak ada la jawabnya.

Di Perak khabarnya 31 ADUN sudah menandatangani perjanjian utk bersepakat dalam perlantikan MB. Kecoh kemain. Dengan Kit Siang masuk campur. Dengan Raja Nazrin duk pening bini nak beranak lagi, terus dia warned kalau tak sepakat dia lantik saja orang BN jadi MB. Haaa kau..padan muka. Dah menang pon nak kecoh. Ni baru beberapa hari saja habis election ni. Nanti macam mana lah. Macam mana rakyat tak risau. Ingat dah menang dah ok, tapi haru jugak. Untuk Raja Nazrin dan isteri, tahniah kerana dapat seorang waris, seorang putera.

Now, aku rasa semua pakat duk beralih kat Terengganu pulak. Ni pon macam kes Perlis la. Sultan tak mau Deris Jusoh jadi MB. Sebab dia banyak belakangkan Sultan dalam apa2 hal yang perlukan persetujuan Sultan. Tengok la ,dia bawak Paklah rasmi Taman Tamadun Islam, Sultan hanya rasmi Masjid Kristal saja. Now, terima la padahnya wahai Deris. Sultan dikatakan lebih suka Datuk Rasol Wahid jadi MB. Deris nanti hanya jadi ADUN biasa saja la sebab kalau Sultan tak perkenan dia jadi MB, mcm mana Sultan nak perkenan dia jadi exco? Kita tunggu perkhabaran dari negeri pantai timur ni. Mana tau, rezeki Deris lagi jadi MB atau hanya jadi ADUN saja.Kita tungguuu..

No comments: