Bila sebut pasal tanggungjawab, bunyinya pon dah kedengaran agak berat atau amat berat. Apatah lagi apabila menanggungnya. Bak kata pepatah melayu , berat mata memandang , berat lagi bahu memikul.
Tanggungjawab akan sedia terpikul atau tertanggung di atas bahu kita sekiranya kita memulakan hidup berpasangan atau lebih tepat apabila hidup serumah dengan pasangan kita. Kalau sekiranya tidak serumah, maka tanggungjawab itu tidaklah terasa sangat kerana tidak semua beban akan ditanggung oleh kita. Tetapi bila dah serumah atau dlm ertikata lain, bila dah berkahwin, maka automatik tanggungjawab tu dah ada.Dah tersedia utk kita.
Pendek kata, yang penting dalam rumahtangga ialah sifat tanggungjawab yang perlu ada dlm diri kita.
Umpama, pasangan kita sudah memasak utk kita, maka ringankan tulang kita utk membasuh kain atau membuang sampah atau menyapu sampah atau hanya membasuh pinggan. Banyak cara bagaimana tanggungjawab itu boleh dikembangkan agar masing2 tidak merasa tanggungjawab itu terpikul di satu bahu sahaja.
Bila pasangan merasakan hanya dia yang lebih menjalankan kerja rumah, maka timbul la rasa tak puas hati. Untuk memanjangkan lagi usia rumahtangga, eloklah jgn timbulkan masalah2 yang tak sepatutnye ada. Kadang2 tercetusnya pergaduhan dlm rumahtangga ini bukan isu yang besar pon, tapi isu2 yang sgt kecil sekecil zarah yang kita tidak sangka pon ia akan meletus menjadi gunung berapi! ini yang patut kita elak.
Bukan senang nak membina sesebuah rumahtangga. Mahukah kita melihat rumahtangga kita ranap umpama membina istana pasir ditepian pantai? Sekali datang ombak, hanyut istana pasir itu, hilang ditelan ombak. tentu kita tidak mahu. Pokok persoalan yang sering dikaitkan dengan masalah rumahtangga ialah TANGGUNGJAWAB.
Makin lama kita berumahtangga, kdg2 kita lupa pada tanggungjawab kita. Terutama yang remeh2. Kita ambil mudah. Teguran yang dibuat oleh pasangan kita, hanya bertahan beberapa minggu sahaja. Kemudian kita lupa lagi. Kalau kita boleh fikir lah, kita tak kesian ke pd pasangan kita? Dia sorang2 yang nak buat semua. Apa, kita ni Raja ke? Cuma goyang2 kaki tunggu makanan siap terhidang depan mata? Tak kesian ke kita pada dia yang susah payah utk kita? Ye..kita pon ada susah payah utk dia. Tapi kena ingat, susah payang senang lenang ni bukan hanya utk beberapa waktu sahaja. Ianya tak akan habis selagi kita berpasangan dengan dia.
Ramai yang mudah lupa. Ramai yang suka menuding jari pada pasangan bila pasangan sudah tidak tahan utk hidup bersama atau pasangan mempunyai pilihan lain. Kenapa tidak kita tuding jari ke muka kita sendiri? Cuba tenyeh2 muka kita dengan jari dan cari punca2nya. Cari dari akar umbi, bukan dari pucuknya. Kebanyakan pasangan yang tak tahan dengan kita, bukan sebab punca orang lain, tapi punca diri kita. Kita tak pandai jaga dia. Kita tak pandai nak jadi nakhoda yang baik dalam melayari hidup berumahtangga. Semua kita harap dia. Kita lepas tangan bila ada sesuatu dugaan yang menimpa dia. Ini salah kita.
Tapi, orang yang culas dalam menjalankan tanggungjawab dia, dia mana fikir itu semua. Dia cuma fikir orang itu salah, orang ini salah. Dia cuma fikir dia menjadi mangsa orang lain yang ambik kesempatan. Orang mcm ini sekiranya tak membetulkan kesilapan dia, dengan siapa siapa dia hidup pon, keadaan tetap sama. Keadaan tak akan berubah.
Bagus lah kalau dia belajar dari kesilapan. Sekurang2nya keadaan masih tak terlambat. Sesetengah orang, dia perlu melihat kesilapan orang lain dahulu, baru dia nampak apa silap dia selama ni.Ada juga yang menerima silap sendiri bila mendapat teguran dari kawan2 atau mereka yang terdekat.
Tapi berapa kerat sangat kawan2 yang ikhlas nak menegur kesilapan kita. Lebih ramai yang jadi tukang angguk atau menyokong kita tanpa langsung memberi point2 yang bagus utk kita nilai diri kita sendiri. Lebih ramai yang jadi tukang memaki hamun atau mengumpat mengeji bagi pihak kita konon2 merekalah kawan sejati. Mereka takut kalau menegur, mungkin mereka dianggap 'bukan geng' atau dikira menderhaka pada persahabatan yang sudah terjalin sekian lama.Memang ada yang tak berani nak menegur dan hanya tau mengampu saja. Sebab itulah kita tak nampak salah silap kita. Sebab ada yang tolong tutup silap kita sampai kita pon tak rasa kita yang salah.
Berapa lama utk kita menyedari salah silap kita,ini terpulang pada diri masing2. Sebab manusia ini ada EGO tersendiri. lagi EGO manusia itu lagi lambat dia nak menyedari kesilapan dia kerana dia hanya merasakan dialah yang betul, oranglah yang salah. Tidak ada kebaikan apa2 pon sekiranya kita EGO. malah ia hanya menyusahkan diri saja. Kerana kita hidup perlu bergantung pada orang lain jugak. Perlu diingat, kalau kita ada ego, orang lain pon ada ego jugak. Jangan fikir diri kita saja yang ada ego.
Susah senang dalam rumahtangga hanya kita yang tau. Susah senang dalam rumahtangga hanya dikongsi dengan pasangan kita saja. Susah senang dalam rumahtangga bukan orang lain nak ambil peduli. Mereka hanya ambil peduli bila kita ada masalah. Itupon bukan membantu malah akan meregangkan kita lagi ada la.
Apa yang boleh aku simpulkan di sini, tanggungjawab dalam rumahtangga sekiranya dijalankan dengan betul, insyaAllah bahagia rumahtangga. Sesungguhnya ini utk peringatan buat diri sendiri jugak kerana kita manusia sentiasa melakukan salah dan silap setiap masa. Selebihnya, bak kata Nabil si Raja Lawak , LU PIKIR LA SENDIRI!
Monday, March 31, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment