Tuesday, March 11, 2008

Top Hat Restaurant

Malam Jumaat lepas aku, Potel serta Jeanne melangkah masuk ke Top Hat Restautant yang terletak di Jalan Pinang bersebelahan dengan Wisma HLA.

Sebenarnya kami ke sana atas undangan Jeanne yang ingin sangat berjumpa aku. Potel yang menyampaikan hasrat Jeanne kepada aku seawal hari isnin lagi. Tapi disebabkan kesibukan di office, aku hanya boleh memenuhi permintaan pada Jumaat malam. Walaupon kerja banyak, aku simpan utk hari isnin memandangkan Jeanne akan berlepas pulang ke Chicago pada Sabtu malam. Jadi hanya ada Jumaat malam kalau nak berjumpa dengan dia.

Disebabkan Jeanne tak nak makan western food maka kami perlu mencari restaurant yang exclusive tapi menghidangkan menu ketimuran yang bersifat ala-carte. Leceh kalau buffet sebab akan mengganggu kita berborak. Kejap kejap bangun ambil food. Baik ala-carte lagi senang. Angah yang suggestkan kami ke Top Hat Restaurant.

Perjalanan dari rumah bermula lepas solat maghrib. Larra kami tinggalkan dengan mak dengan ayah yang datang dari Melaka. Aku sudah mengagak jalan akan sesak sebab esok adalah election day. For sure ramai yang berpusu2 utk balik kampung atau pon nak bersantai di ibu kota. Janji pukul 8pm ni nak amik Jeanne. Kami masuk ke laluan smart tunnel utk memendekkan masa perjalanan. Lebih kurang pkl 8.15pm kami sampai di Shangri-La KL.

Seronok berborak dengan Jeanne. Seronok katanya shopping di KL.Dia rasa best dapat beli DVD harga RM8 di BB Plaza. Ye la kalau convert dgn USD baru berapa ringgit saja. Aku suggestkan pada Jeanne, kalau mau lagi murah, pegi Jakarta la di kawasan Mangga Dua, lagi murah. Lebih kurang RM3 saja.

Sampai di Top Hat Rest. kami mengambil tempat di sudut kanan rest. Pada yang mahukan privacy dan environment yang ala2 romantik, boleh la ke sana. Food semua ok. Ada western , ada thai style, ada chinese style.

Kami lebih banyak berborak dari makan. Seronok bercerita mcm2 dengan Jeanne. Sesekali pecah ketawa kami bertiga bila sessi usik mengusik , kata2 nakal apa semua. Dan tentulah ini ditujukan pada Potel yang dah tak boleh nak kata apa dah.

Lebih kurang pkl 12am kami meninggalkan Rest dan menuju ke Shangri-La utk bersantai di sana sambil mendengar nyanyian life band dari filipino group. Lama jugak la dekat pkl 1 lebih baru kami balik. Itu pon sebab aku dah menguap2 dah.Esok nak kena bangun pagi nak pegi mengundi. So terpaksa la balik walaupon banyak lagi topik utk kami discuss. Potel janji nak amik Jeanne pagi esok bawak p round2 KL before dia balik. Aku tak dapat nak ikut sebab nak tunaikan tanggungjawab sebagai rakyat.

ni gambo Potel tanpa muka dengan Jeanne.

No comments: