Tuesday, March 25, 2008

BERSULTAN DI MATA BERAJA DI HATI

Aku sebenarnye cuba menahan jari jemari dari menulis berkenaan politik ini. Namun begitu, pelbagai perkembangan dan kontroversi yang menarik membuatkan aku tak tertahan tahan utk memberi komen sepatah dua.

Umum sudah mengetahui akan pergolakan tsunami politik yang melanda Terengganu berikutan isu perlantikan MB yang direstui oleh Sultan tetapi tidak disetujui oleh sebilangan orang UMNO (yang mahukan KUASA utk kepentingan diri sendiri).

IBARAT MENEPUK AIR DI DULANG TERPERCIK KE MUKA SENDIRI

Ini aku tujukan pada ahli2 UMNO pada media2 UMNO yang bukan main marah dengan Lim Kit Siang ekoran tindakannya yang cuba menyuruh ADUN DAP boikot istiadat perlantikan MB Perak.

Bila ini berlaku di Terengganu, kenapa diam?Kenapa media UMNO diam?Kenapa ahli2 UMNO yang dulunya bersemangat marahkan Kit Siang dulunya, kini diam???Sebab dah terkena ke muka sendiri?sebab tu diam??kesian..kesian..

Aku salute pada Ketua Umno Cheras yang lantang menyelar tindakan 23 ADUN UMNO Teganu yang jelas tidak menghormati keputusan Sultan. Membantah keputusan Sultan bermakna menghina raja, menderhaka kepada raja.

Kalau dulu bukan main lantang mereka menghamun Lim Kit Siang, kini apa yang boleh kita gelarkan orang mcm ni? Sekurang2nya Lim pegi mengadap Sultan dan memohon maaf. Ada budi bahasa dia. Ada adab sopan dia. Yang mereka mereka ni aku malas la nak cakap apa..Boleh tengok sendiri lah budi bahasa mereka di mana.

Agak2 kepada siapakan ditujukan perkataan NATANG itu? Sultan?Bunyi mcm tu la.Sungguh bidap!!


Kalau kes mcm ni berlanjutan tak mustahil suatu hari nanti, UMNO sendiri sudah TAK RELEVAN utk rakyat Malaysia.

DAULAT TUANKU!

No comments: